Turkish Delight; Makanan Dunia Fantasi Narnia?

Turkish Delight; Makanan Dunia Fantasi Narnia?

Buat yang pernah menonton filem The Chronicles of Narnia, anda perasan kan satu babak yang mana Edmund meminta Turkish Delight daripada The Witch. Dulu ingatkan itu hanyalah satu daripada makanan fantasi yang direka, rupa-rupanya dia memang wujud!

Turkish Delight yang diminta oleh Edmund dalam The Chronicles of Narnia

Dalam keadaan sejuk, keseorangan, keliru, dan mungkin sedikit ketakutan (ye la, kali pertama jejak kaki masuk Narnia, mesti rasa takut sikit), apabila ditanya makanan yang diinginkan, Edmund teringin Turkish Delight.

Kenapa Turkish Delight?

Setelah kami membesar dan membaca lebih, kami dapati bukan hanya Edmund yang teringinkannya, malah di negara-negara Timur Tengah dan Eropah, Turkish Delight ialah satu makanan yang popular dan dianggap berkelas tinggi. Lebih kurang macam orang beli coklat Ferrero Rocher, nampak ada class gitu…

Di sebalik populariti dan kedudukan Turkish Delight dalam kalangan penggemarnya, asal usulnya sebenarnya amat menarik dan menjelaskan bagaimana dia boleh sampai ke tahap itu.

Turkish Delight, suatu masa dahulu ialah manisan kerabat diraja Turki.
Kredit: Princess of Jozi

Ada satu kisah berkenaan seorang raja yang mempercayai bahawa cara untuk memikat seorang wanita ialah melalui perutnya (yakni, makanan). Maka raja tersebut telah menitahkan agar kesemua tukang masaknya menyediakan manisan khas. Daripada situ, Turkish Delight telah menjadi manisan diraja dan kemudiannya menjadi antara manisan paling diminati yang lahir daripada dapur diraja.

Satu lagi kisah ialah berkenaan lagenda seorang pembuat manisan bernama Bekir Effendi. Bekir berkelahiran Kastamonu, sebuah pekan kecil tinggi di pergunungan Anatolia. Bekir hadir ke Istanbul pada tahun 1776 dan membuka sebuah kedai manisan.

Disebabkan orang Turki sangat menggemari makanan manis, sekejap sahaja Bekir Effendi berjaya menawan hati penduduk Turki dengan manisan Turkish Delight dan kedainya menjadi popular, sehinggakan kerabat diraja turut menginginkan Turkish Delight daripada kedai Bekir. Oh, kedai Bekir masih ada di Hamidiye Caddesi, dua blok kearah timur daripada Yeni Cami (Masjid Baru).

Menarik, kan?

Eh, berbeza ke Turkish Delight yang di Malaysia dengan yang di Turki? Kami pun tak pasti. Haha. Apa kata kita travel dan ketahuinya sendiri. Ke Turki ke kita?

PS: Untuk ketahui pakej ke Turki bersama kami, boleh klik di sini.

Muhammad Zulkarnain

Seorang jejaka yang gemar pemandangan yang mengujakan dan menakjubkan. Sukakan aktiviti eksplorasi alam dan hidup aktif agar badan bergerak sihat.

Leave a Reply

Close Menu