Osaka

All season (exc. winter)

6D4N

Ringkasan Lawatan

Pakej percutian ke Osaka adalah selama 6 hari 4 malam di bumi Kansai. Osaka terkenal sebagai ‘Dapur Negara’ Jepun di mana terdapat pelbagai makanan tradisional Jepun yang terdapat di sini di samping suasana sub-urban yang mendamaikan.

Tujuan utama trip ini adalah untuk melihat sendiri penduduk Osaka (Kansai) yang terkenal dengan lemah lembut dan sopan dalam melayani pelanggan dan masyarakat setempat. Sepanjang trip ini, anda akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di 4 bandar utama di Kansai iaitu Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe. Anda akan berpeluang untuk melihat sendiri peninggalan zaman Edo yang suatu ketika masa dahulu menjadikan Osaka sebagai ibu Negara. Anda juga dapat merasai makanan tradisional Jepun seperti sushi dan ramen, dan memakai pakai tradisional Jepun seperti Kimono, Yukata atau baju samurai. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pengalaman baru di Universal Studio Japan yang terkenal sebagai antara taman tema terbaik dunia.

Trip ini disusun berdasarkan 3 tahun pengalaman kami dalam menguruskan trip ke Jepun. Kami amat mengutamakan makanan halal dan waktu solat bagi Muslim. Keutamaan kami adalah keselesaan anda sepanjang trip dan kepuasan anda adalah kayu ukur kepada setiap trip yang dijalankan.

Pakej Ditawarkan

Pakej dibahagikan kepada 3 jenis. Manakala harga yang dikenakan adalah berbeza mengikut peringkat umur. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenainya.

Itenerari Lawatan

Hari Pertama

Berkumpul di KLIA 2 – taklimat dan check in – berlepas ke Kansai International Airport – airport transfer – check in

Hari Ke-2

Osaka Castle – Tempozan Ferris Wheel – Umeda Sky Building – Dotonbori – Namba Walk – Hard Rock Café Osaka

Hari Ke-3

Himeji Castle – Kokoen Garden – Kobe Mosque – Gai Shopping Street

Hari Ke-4

Fushimi Inari – Kyoto Tower – Kiyomizudera – Togetsukyo Bridge – Tenryuji Shrine – Bamboo Groove – Saga Scenic Train – Kinkakuji (Golden Pavilion)

Hari Ke-5

Nara Park – Todaiji Temple – Check out – Konfukuji Temple – airport transfer ke Kansai Airport – pulang ke Malaysia

Hari Ke-6

Tiba di Malaysia

Berminat dengan trip kami? Hubungi kami segera

Kami akan memberikan quotation pada anda kurang dari 24 jam.
Anda juga boleh Whatsapp kami terus ke

Whatsapp Festive Travels Sdn Bhd

Isi Borang Ini Untuk Mendapatkan Quotation

Festive Travels Sdn. Bhd.

SSM (253324-X)

MOTAC (KPK/LN 1664)

MATTA (MA0839

Pergi Ke :

Trip Pelancongan

Servis

Blog

Tentang Kami

Hubungi

Hubungi Kami :

13-05, Avenue Crest, Jalan Jubli Perak 22/1, 40300 Shah Alam

info@festivetravels.com.my

(Tel) 03 5031 9023 
(Fax) 03 5031 9024 

Ikuti Kami :

Whatsapp

+60132833340