Tips Travel 03 : T-Money Card dan Naver Map di Korea Selatan

Tips Travel 03 : T-Money Card dan Naver Map di Korea Selatan

Annyeong haseyo!

Ada yang nak pergi ke Korea untuk bercuti? Seoul? Jeju? Busan?

Walau ke mana jua anda ingin pergi, anda mesti mahukan perjalanan yang lancar dan indah. Untuk perjalanan yang lancar, anda perlu pastikan pergerakan anda adalah seperti yang dirancang dalam itinerari.

Tiada tersesat jalan, tiada penungguan yang lama, dan tiada proses yang rumit atau panjang.

Jadi, di sini kami ingin dedahkan kepada anda dua perkara yang wajib anda dapatkan untuk perjalanan yang lebih lancar di Korea Selatan.

1. T-Money Card

Kalau anda bergerak menggunakan kenderaan awam, adalah sangat rumit untuk beli tiket tiap kali nak naik bas dan tren. Di Korea Selatan, tiap kali anda tiba ke destinasi, anda perlu pulangkan kad tiket tren untuk mendapat pulangan 500W. Jadi ada dua kerja kena buat tiap kali nak naik dan turun kenderaan awam. Apatah lagi, kalau perjalanan anda memerlukan anda tukar-tukar tren atau bas. Leceh.

Beli sahaja T-Money Card, atau nama lainnya T Card. Dia seakan-akan sama dengan kad Touch’n’Go kita di Malaysia. Anda boleh dapatkan dengan harga 2,500W satu kad di banyak lokasi.

Dengan adanya T Card ini, naik dan turun kenderaan awam semudah Touch and Go sahaja. Boleh juga digunakan untuk membeli di kedai-kedai. Malah, anda juga boleh dapat diskaun dengan penggunaan kad itu.

Mungkin akan ada yang jumpa Korea Tour Card. Sama saja dengan T Card, cuma Korea Tour Card ini akan ada diskaun lebih untuk kemasukan ke tempat tarikan pelancong seperti Everland.

2. Naver Map

Aplikasi Naver Map, khusus untuk perjalanan di Korea Selatan termasuk Pulau Jeju.

Sepertimana di London dan Jepun, jaringan tren di Korea Selatan adalah berselirat dan kompleks. Tambah lagi dengan jaringan bas, memang pening kepala kalau kita tengok peta dia. Tapi, rumit macam mana pun, sistem pengangkutan awamnya tetap beroperasi dengan baik.

Untuk memudahkan anda mencari jalan, muat turun sahaja aplikasi Naver Map di telefon pintar. Download dari Malaysia siap-siap lagi senang.

Apa yang memudahkan dengan aplikasi ini ialah, kita tentukan sahaja lokasi permulaan kita, kemudian tentukan lokasi destinasi yang dituju, lalu aplikasi ini akan beri beberapa pilihan jalan nak ke sana. Naik tren yang mana. Turun stesen mana. Berapa stesen kena lalu sebelum tiba stesen yang dituju. Bas pun senang guna ini.

Setiap satu laluannya sudah diberitahu jarak, masa, dan harga.

Dan disebabkan sistem pengangkutan awam mereka sudah maju, peta aplikasi ini sangat boleh diharapkan dari segi jadualnya dan laluannya.

Detail habis penerangan perjalanannya.

Oh, andai anda tiada pocket wifi, kami sarankan supaya anda semak laluan dulu di hotel atau tempat berwifi. Kemudian screenshot sahaja laluan yang anda nak ambil. Anda boleh dapatkan pocket wifi daripada kami juga untuk memudahkan anda dapat internet ke mana sahaja.

Muhammad Zulkarnain

Seorang jejaka yang gemar pemandangan yang mengujakan dan menakjubkan. Sukakan aktiviti eksplorasi alam dan hidup aktif agar badan bergerak sihat.

Leave a Reply

Close Menu