Tips Travel 01 : Tiket Murah

Tips Travel 01 : Tiket Murah

Hai semua. Okay untuk first posting ni, saya akan share dengan anda beberapa trick atau rahsia macam mana orang boleh dapatkan tiket flight dengan harga yang lebih murah. Jeles kan bila tengok kaki-kaki travel ni setahun 2-3 kali diorang pergi travel.

Sebenarnya, apabila anda nak ke luar negara, 40% – 60% daripada kos travel anda adalah pada tiket flight. Kalau tak percaya cuba anda buat calculation sendiri. Saya cuba bagi satu contoh. Untuk pakej bajet ke Tokyo dengan Festive Travels Sdn Bhd, ground hanya serendah RM1,549 seorang. Tetapi harga tiket flight standard AirAsia ke sana dalam RM1,600 – RM2,000.

Jadi pointnya di sini, sekiranya anda dapat jimatkan kos anda dengan membeli tiket flight dengan harga murah, maka secara tidak langsung kos travel anda akan menjadi sangat murah. Lepas ni boleh la pergi melancong banyak kali kan. Hehe

1- TEMPAH PADA WAKTU YANG TEPAT

Ramai sebenarnya yang tidak tahu, hari Selasa dan Rabu adalah masa yang terbaik untuk beli tiket flight kerana kebanyakkan airlines akan menetapkan sistem tempahan tiket mereka pada hari Selasa jam 7 malam. Ini kerana, berdasarkan statistik mereka, kebanyakkan orang akan membeli tiket flight pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Anda juga boleh menempah tiket flight pada pukul 12 tengah malam. Airlines selalunya akan membuat promosi online mereka pada tempoh masa tertentu,  dan semestinya promosi ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam. Sebab tu ramai yang berjaga malam apabila tibanya waktu promosi sebab nak grab harga promosi sebelum terlambat.

Selain itu, waktu penerbangan juga mempengaruhi harga tiket. Lapangan terbang biasanya kurang sibuk berbanding hari Jumaat dan Ahad, jadi pada waktu itu harga tiket flight akan menjadi lebih murah. Waktu yang sesuai untuk mendapatkan harga flight lebih murah ialah hari Selasa dan waktu tengahari.

2- CLEAR COOKIES DI BROWSER

Part ni ramai yang tak tahu. Sebenarnya sistem tempahan airlines boleh detect cookies di browser anda, berapa kali anda tengok website mereka pada hari itu dan bulan itu. Semakin banyak anda masuk ke website mereka, harga kebiasaanya akan kekal pada harga yang sama dan kadang-kadang boleh berubah lebih mahal sedikit sebab mereka menggangap anda memang memerlukan tiket flight itu.

Jadi, amalkan tabiat untuk clear kan cookies di browser anda samada di laptop, PC atau handphone sekurangnya 30 hari sebelum. Selain itu, anda juga boleh masuk ke website airlines melalui ‘Incognito Mode’ di mana cookies tidak akan tersimpan di dalam browser anda.

3- BANDINGKAN HARGA DI BEBERAPA TRAVEL SEARCH ENGINE

Anda perlu tahu bahawa terdapat banyak website yang turut menawarkan harga tiket flight murah, tidak semestinya melalui website rasmi airlines. Untuk dapatkan tiket flight murah, anda kenalah jadi seorang yang rajin. Anda perlu selalu bandingkan harga tiket flight dengan membuat carian di travel search engine, dan jangan terkejut kalau anda akan jumpa harga tiket flight yang lebih murah daripada website rasmi airlines.

Di bawah saya senaraikan beberapa travel search engine yang boleh anda lawati untuk survey harga tiket flight:

  1. CheapFlights – https://www.cheapflights.com.my
  2. SkyScanner – https://www.skyscanner.com.my
  3. Kayak – https://www.kayak.com.my
  4. Momondo – https://www.momondo.com
  5. Google Flight – https://www.google.com/flights

Anda juga boleh subscribes emel untuk dapatkan makluman daripada mereka sekiranya harga tiket yang anda minat itu sedang turun harga.

4- FOLLOW SOSIAL MEDIA DAN WEBSITE RASMI AIRLINES

Anda perlu tahu bahawa airlines akan sentiasa buat promosi tiket flight ke destinasi terpilih dan perayaan tertentu. Jadi cara paling cepat dan mudah untuk airlines iklankan promosi mereka adalah melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi jangan lupa untuk jadi follower bagi setiap airlines yang anda minat.

Di samping itu, selalunya airlines akan tawarkan BEST DEALS  untuk penerbangan antarabangsa kira-kira 11 -12 minggu lebih awal. Jadi anda kena rajinkan diri untuk selalu buka website rasmi airlines yang anda minati supaya tak terlepas BEST DEALS tersebut.

5- TEMPOH WAKTU YANG TEPAT

Bagi anda yang selalu naik airlines Air Asia dan Malaysia Airlines, ini adalah tempoh masa yang sesuai untuk anda book tiket flight mereka.

Air Asia = Tempah awal (6-12 bulan)

Malaysia Airlines = Tempah akhir (kurang dari sebulan)

Tetapi anda perlu ingat, harga tiket AirAsia selalu berubah-ubah. Jadi anda memang perlu sentiasa check untuk dapatkan harga yang termurah.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh SkyScanner, 18 minggu sebelum adalah tempoh terbaik untuk menempah penerbangan jarak jauh, manakala 7 minggu sebelum pula untuk penerbangan jarak dekat. Sila elakkan dari membuat tempahan terlalu awal dan juga last minute booking.

6- UTAMAKAN HARGA BERBANDING DESTINASI

Sila lihat contoh promosi berikut. Tiket ke Tokyo berharga RM329 dan Osaka berharga RM299. Sekiranya anda teringin sangat untuk ke Jepun, kenapa anda perlu memilih ke Tokyo sedangkan tiket ke Osaka lebih murah?

Nota Editor: Elakkan membeli tiket flight daripada ejen yang tidak sah atau yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan IATA. Jangan tertipu dengan harga yang ditawarkan sekiranya anda tidak mahu menangis semasa di airport nanti.

This Post Has 4 Comments

    1. Kenapa tu tuan? Boleh sy bantu?

  1. ty 4 info

  2. Good information

Leave a Reply

Close Menu