Bukan mudah untuk menganjurkan program berskala dunia, apa lagi jika program itu sudah pernah dianjurkan dan mempunyai reputasi dan expectation yang harus dicapai. Kesan program yang turut memberi kesan kepada rakyat negara yang terlibat bukan mudah untuk diuruskan.

Dengan persiapan stadium nasional Jepun menghampiri 90% untuk penganjuran Olimpik Tokyo 2020 akan datang, banyak cabaran yang dihadapi. Namun, daripada cabaran-cabaran tersebut, banyak inovasi dan penambahbaikan dari segi penyelesaian yang telah mereka usahakan.

Jepun menjangkakan stadium nasional tersebut untuk siap menjelang November tahun ini. Bila dibaca perkembangan ciri-ciri stadium tersebut, memang moden dan canggih. Boleh baca di sini.

Berita baik untuk yang nak travel pergi Tokyo dalam bulan Disember nanti, pembukaan grand stadium itu akan dibuat sekitar pertengahan Disember ini. Bolehlah anda tengok atlet mereka beraksi sebagai pemanas badan untuk Olimpik kelak.

Program sebesar ini perlu dirancang dengan berhati-hati bukan sekadar untuk semasa program, malah untuk pasca program supaya tiada pembaziran sumber.

Jepun telah membuat beberapa perancangan untuk memastikan kos penganjuran dikurangkan dan imbal balik program dapat dinikmati semula oleh rakyat dan negara.

Antara perancangan mereka, untuk membuat medal Olimpik daripada bahan kitar semula. Yang uniknya, bahan kitar semula untuk medal ini mereka kumpul bersama dengan rakyat. Khusus daripada rakyat Jepun, mereka kumpulkan bahan elektronik yang tidak terpakai untuk dijadikan medal. Padu beb!

Untuk penggunaan tenaga pula, Jepun telah memasang banyak panel solar agar tenaga banyak gunakan daripada punca solar. Investment yang boleh beri untung kepada mereka sendiri sebab lepas habis temasya nanti, tenaga solar masih terus menerus boleh digunakan.

Banyak lagi inovasi yang mereka usaha nak laksanakan. Boleh lihat sini, memang power. Mana tahu boleh guna sebagai inspirasi projek atau program anda sendiri nanti.