Makanan Mesti Cuba di Turki

Makanan Mesti Cuba di Turki

Turki.

Negara yang terletak di sempadan dua benua. Ke timur menjadi Asia, ke barat menjadi Eropah. Pertembungan pelbagai budaya dari segenap pelusuk menyebabkan begitu banyak sekali variasi dari segi budaya orang Turki, termasuk dari segi makanannya.

Namun, itu tidak memberi maksud tiada keunikan orang Turki yang tersendiri. Malah, kepelbagaian inilah yang membawa keunikan dari segi masakan dan hidangan orang Turki begitu terkenal dan digemari ramai.

Untuk yang teringin nak tahu apa sebab kena melancong ke Turki, nah kami bagi jawapannya. MAKANAN! XD

1. Baklava

Baklava ialah manisan yang popular di Turki. Berbanding negara Timur Tengah yang lain, baklava Turki lebih moist dan kebiasaannya mereka lebihkan kekacang berbanding pastrinya.

Dapat baklava, lupa terus pada coklat. Sedap!

2. Kunefe

Manisan yang sangat manis. Tengah-tengah dia ada krim keju yang membuatkan dia nampak seakan-akan piza.

Penggemar manisan wajib cuba Kunefe ini!

3. Halva

Lebih kurang macam aiskrim, manisan bernama halva ini ada dua jenis; satu daripada tepung dan satu daripada kekacang. Ya, banyak manisan mereka berasaskan kacang.

Kalau nak sedap lagi, makan halva bersama aiskrim (aiskrim biasa kita makan tu). Memang layan habis.

Cara hidangan halva boleh dipelbagaikan, itu yang buatnya menarik lagi.

4. Kumpir

Kentang besar, dilubangkan di tengah dan isinya digaulkan dengan keju. Kemudian diletakkan di tengah-tengahnya apa sahaja inti yang kita mahukan. Daging, ayam, ikan, salad, sebiji macam Subway. Cuma kali ini bukan dalam roti, tapi kentang.

Saiz dia… kalah burger Carl’s Jr ni.

5. Midye Dolma

Kepah yang diisi dengan nasi dan herba. Macam kita masak nasi dalam buluh, dia masak nasi dalam kepah, dapat merasa sekali kepah dan segala herba yang dicampurkan itu.

Macam Boat Noodle pun ada, sesuap je dah habis agaknya ni.

6. Dondurma

Bunyi namanya pelik, tapi dondurma ialah aiskrim Turki. Sesiapa yang pernah mencuba makan aiskrim Turki pasti tahu dua perkara ini. Satu, aiskrimnya tak lembut macam aiskrim McD atau Haagen Dazs. Dia seakan-akan doh yang likat dan kenyal. Dua, kalau beli aiskrim dari penjual gerai yang pakai vest tu, mesti akan kena game dengan penjual tu.

Boleh lihat video ini untuk tahu lebih lanjut mengenai aiskrim Turki, dondurma.

Tengok cara pembuatannya sampai dia jadi kenyal begitu.
Kredit: TRT World

Okay, jangan mengelamun lama sangat. Membayangkan sahaja tak cukup nak menjiwai kesedapan makanan dunia. Jom travel ke Turki! Kami ada pakej menarik untuk anda, boleh lihat di sini.

Muhammad Zulkarnain

Seorang jejaka yang gemar pemandangan yang mengujakan dan menakjubkan. Sukakan aktiviti eksplorasi alam dan hidup aktif agar badan bergerak sihat.

Leave a Reply

Close Menu