Biasa pergi pasar?

Apa yang biasa kita beli di pasar? Bahan basah seperti ikan, sayur mayur, dan buah-buahan. Kalau bahan sudah diproses seperti kiub pati ayam Maggi, kita lebih gemar beli di pasaraya seperti Tesco dan Family Store.

Kesimpulannya, bahan yang perlu dibeli segar, kita lebih gemar beli di pasar sebab kesegarannya yang datang terus dari sumber. Kesegaran bahan ini yang akan membuatkan masakan kita lebih bermutu dan lebih lazat berkhasiat.

Hal ini sama juga bagi Jepun.

Osaka, dinamakan “dapur kebangsaan Jepun”, pasti perlu juga sumber bahan segarnya untuk mengekalkan mutu hidangan makanannya di puncak jaya.

Pasar segarnya yang turut berkongsi populariti dengan Dotonbori ialah pasar Kuromon Ichiba. Mungkin ada yang berfikir, apa yang ada dengan pasar segar ini berbanding pasar segar biasa?

Kuromon Ichiba ini bukan sekadar tempat membeli bahan basah, tapi ianya seakan-akan pasaraya gergasi terbuka yang memuatkan pelbagai barang jualan. Ini adalah antara barang yang anda boleh jumpa di sana:

  • Seafood (mentah ada, dimasak pun ada)
  • Daging dan bahan mentah lain
  • Sayuran
  • Buah-buahan
  • Buah tangan
  • Bunga dan bahan perhiasan lain
  • Pakaian (pakaian dalam pun ada!)
  • Kalau anda tersesat atau tak tahu nak mula dari mana, mereka turut sediakan pusat informasi pelancong. Sampai begitu sekali persediaan mereka untuk pelancong!
Tengok buah dia, warna yang terang dan kelihatan seperti baru dipetik.
Kredit: Japan Travel

Di sana juga ada pelbagai jenis makanan yang terhidang. Dah tentu bahan segar, makanan pun segar. Apa je yang anda nak rasa di sana?

Makanan yang paling popular di sini ialah makanan laut (seafood). Daripada kerang bakar, sushi, hinggalah ke oden. Yang paling best sekali, semuanya sedap terlebih sebab bahannya memang segar terbaik dari ladang!

Pelbagai makanan laut segar di Kuromon Ichiba.
Kredit: Lucy Loves to Eat

Jangan risau. Sebagai Muslim, ada banyak juga pilihan makanan yang boleh kita nikmati di sana. Boleh dapatkan info daripada sini ataupun guna sahaja apps yang telah diterbitkan oleh pihak Halal Gourmet Japan. Senang sahaja.