Empat Ikon di Dotonbori, Osaka

Empat Ikon di Dotonbori, Osaka

Digelar sebagai “dapur kebangsaan” Jepun, Osaka adalah tempat orang-orang Jepun (dan pelancong yang hadir ke Jepun) menghabiskan duit untuk makan. Bagi setiap tempat melancong, dah tentu akan ada lokasi-lokasi istimewa tersendiri. Semua yang berpeluang melancong ke Osaka adalah wajib untuk melawat Dotonbori.

Dotonbori ialah hab makanan utama bagi Osaka. Warga Jepun dan pelancongnya semua hadir ke sini kerana… ya, sudah terang lagi bersuluh, kerana makanan.

Posting kali ini istimewa sikit.
Kita tidak bercerita tentang makanannya di sana, tapi tentang beberapa ikon yang membuatkan Dotonbori popular selain makanannya di situ.

Bila tempat dah banyak makanan, mesti papan tanda (billboard) yang menarik banyak juga. Warna warni, dan seakan-akan hidup. Nak tarik orang datang makan di restoran masing-masing, papan tanda menjadi “medan perang” bagi restoran dan kedai di sini.

Di sini, kami highlightkan empat antara ikon utama Dotonbori seperti di bawah. Adakah anda berpeluang berjumpa dengan semua sekali?

Ketam Gergasi ini bergerak dan andai dia betul-betul hidup, dikatakan dia mampu makan sehingga 16,000 orang!
Sejak tahun 2013, papan tanda Glico Man ini telah digantikan dengan papan tanda berLED. Paparannya akan tunjuk Glico Man dengan pelbagai latar berbeza dari serata dunia.
Encik Kuidaore Taro ini telah berada di Dotonbori sejak tahun 1950-an!
Kenapa muka chef ini garang? Sebab dia marah sangat pada orang yang celup kushikatsu dalam mangkuk sos awam lebih dari sekali!

Yang mana buat anda rasa tertarik? Orang Jepun macam-macam je cara dia nak tarik perhatian kan.

Dapatkan lebih info dan tawaran pakej travel ke Osaka dengan kami di sini, atau ikuti channel Telegram kami untuk dapatkan info dan tawaran terus menerus secara langsung.

Muhammad Zulkarnain

Seorang jejaka yang gemar pemandangan yang mengujakan dan menakjubkan. Sukakan aktiviti eksplorasi alam dan hidup aktif agar badan bergerak sihat.

Leave a Reply

Close Menu