Belajar Memasak dari Orang Jepun (Halal Version!)

Belajar Memasak dari Orang Jepun (Halal Version!)

Ramai yang teringin nak mencuba makanan Jepun. Ada yang suka sebab ianya kena dengan tekak orang Timur. Ada yang suka sebab ianya simple, makanan yang bite size (seperti sushi). Ada juga yang suka sebab… memang dia suka makan!

Tak kurang juga yang mengambil inisiatif untuk belajar memasak hidangan Jepun dari YouTube. Senang kan, kalau dah mengidam nanti, boleh terus buat sendiri tanpa perlu pergi makan di restoran.

Tapi sejujurnya, tiada yang dapat menandingi daripada belajar memasak melalui orang asal. Ye la, orang Inggeris nak belajar masak makanan Malaysia pun lebih asli jika belajar dari orang Malaysia kan. Jadi untuk belajar masakan asli Jepun, kita kena belajar dari orang asalnya kan.

Menyertai kelas memasak memang membuatkan kita teruja.
Kredit : Cooking SUN

Di sini kami senaraikan beberapa tempat yang boleh anda pergi mencuba memasak masakan Jepun yang halal.

  1. Washoku Home Cooking
    • Kelas yang dibuat di rumah tukang masak sendiri (Michiko-san), untuk mendedahkan pelajarnya kepada penggunaan bahan dapur biasa untuk menyediakan hidangan.
    • Boleh dipohon untuk diajar apa-apa jua jenis hidangan kerana kelas yang berbentuk private dan close group.
  2. Cooking SUN
    • Menawarkan dua jenis kelas, yakni membuat bento dan juga hidangan jenis izakaya, kelas di sini menyajikan pelbagai jenis hidangan dari sayuran hinggalah ke sushi dan sup.
    • Tempat ini juga menawarkan kelas kepada non-Muslim, jadi anda perlu memaklumkan lebih awal supaya mereka dapat bersiap seadanya.
  3. Ramen Factory
    • Tempat ini khusus berkaitan dengan… ya, dah tentu, ramen.
    • Samada anda hanya mahu merasa makan ramen kegemaran seperti Naruto, atau mahu mencuba tangan anda membikin semangkuk ramen, ini adalah kilangnya.
  4. Nara Machi Mitsui
    • Tempat ini mendedahkan anda kepada kaedah pembuatan udon. Anda akan pelajari bagaimana doh udon diuli dan dimasak, seterusnya proses sehingga semangkuk udon yang kenyal dan menyelerakan disajikan.

Jangan lupa ambil gambar bersama masakan anda itu!

Muhammad Zulkarnain

Seorang jejaka yang gemar pemandangan yang mengujakan dan menakjubkan. Sukakan aktiviti eksplorasi alam dan hidup aktif agar badan bergerak sihat.

Leave a Reply

Close Menu