Olimpik Tokyo 2020 Lebih Berkualiti?

Olimpik Tokyo 2020 Lebih Berkualiti?

Bukan mudah untuk menganjurkan program berskala dunia, apa lagi jika program itu sudah pernah dianjurkan dan mempunyai reputasi dan expectation yang harus dicapai. Kesan program yang turut memberi kesan kepada rakyat negara yang terlibat bukan mudah untuk diuruskan.

Dengan persiapan stadium nasional Jepun menghampiri 90% untuk penganjuran Olimpik Tokyo 2020 akan datang, banyak cabaran yang dihadapi. Namun, daripada cabaran-cabaran tersebut, banyak inovasi dan penambahbaikan dari segi penyelesaian yang telah mereka usahakan.

Jepun menjangkakan stadium nasional tersebut untuk siap menjelang November tahun ini. Bila dibaca perkembangan ciri-ciri stadium tersebut, memang moden dan canggih. Boleh baca di sini.

Berita baik untuk yang nak travel pergi Tokyo dalam bulan Disember nanti, pembukaan grand stadium itu akan dibuat sekitar pertengahan Disember ini. Bolehlah anda tengok atlet mereka beraksi sebagai pemanas badan untuk Olimpik kelak.

Program sebesar ini perlu dirancang dengan berhati-hati bukan sekadar untuk semasa program, malah untuk pasca program supaya tiada pembaziran sumber.

Jepun telah membuat beberapa perancangan untuk memastikan kos penganjuran dikurangkan dan imbal balik program dapat dinikmati semula oleh rakyat dan negara.

Antara perancangan mereka, untuk membuat medal Olimpik daripada bahan kitar semula. Yang uniknya, bahan kitar semula untuk medal ini mereka kumpul bersama dengan rakyat. Khusus daripada rakyat Jepun, mereka kumpulkan bahan elektronik yang tidak terpakai untuk dijadikan medal. Padu beb!

Untuk penggunaan tenaga pula, Jepun telah memasang banyak panel solar agar tenaga banyak gunakan daripada punca solar. Investment yang boleh beri untung kepada mereka sendiri sebab lepas habis temasya nanti, tenaga solar masih terus menerus boleh digunakan.

Banyak lagi inovasi yang mereka usaha nak laksanakan. Boleh lihat sini, memang power. Mana tahu boleh guna sebagai inspirasi projek atau program anda sendiri nanti.

Bila Waktu Sesuai Pergi Pulau Perhentian?

Bila Waktu Sesuai Pergi Pulau Perhentian?

Pulau Perhentian.

Siapa je yang tak tahu pulau kebanggaan Malaysia yang menjadi antara tercantik di dunia. Pantai yang cantik dan air laut berwarna biru jernih, tambah lagi dengan hidupan marin yang begitu subur dan banyak.

Memang hotspot terbaik untuk yang mahu bercuti bersama keluarga mahupun untuk ber-honeymoon bersama pasangan (yang halal, hehe).

Air laut berwarna biru, langsung hilang stres kerja.
Kredit: Libur

Ya, kami pun kalau sebut nama Pulau Perhentian ni, tak sabar nak terjun air lautnya buat snorkeling atau main air tepi pantai.

Namun begitu, anda perlu untuk ambil tahu waktu yang sesuai untuk pergi ke Pulau Perhentian. Mengapa?

Kawasan laut pantai Timur terdedah kepada musim monsun yang membawa hujan ribut dan angin kencang, menyebabkan laut dan kawasan pantai tidak selamat. Keadaan ini turut memberi kesan kepada pulau-pulau di pantai Timur termasuk Pulau Perhentian.

Air bergelora, warna jadi keruh, angin kencang. Musim tengkujuh bukan musim sesuai bercuti di Pulau Perhentian.
Kredit: Astro Awani

Musim monsun di pantai Timur biasanya akan berlaku sepanjang November hingga Februari. Elakkan pergi sana dalam bulan-bulan ini!

Antara waktu terbaik nak ke sana ialah antara April hingga Ogos. Masa ni kira Pulau Perhentian berada pada tahap tercantik dia. Mata pun boleh bersinar tak berkelip tengok cantiknya pantai dia.

Anda pasti mahukan percutian yang indah tanpa diganggu oleh keadaan cuaca dan persekitaran yang tidak baik, kan. Sama-sama kita pilih tarikh yang sesuai dengan cuaca, supaya dapat bercuti dengan senang dan gembira!

Kalau nak senang, boleh saja hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut pakej Pulau Perhentian kami di sini.

Sentiasa pabila travel,
Travel Festively!

Makanan Mesti Cuba di Turki

Makanan Mesti Cuba di Turki

Turki.

Negara yang terletak di sempadan dua benua. Ke timur menjadi Asia, ke barat menjadi Eropah. Pertembungan pelbagai budaya dari segenap pelusuk menyebabkan begitu banyak sekali variasi dari segi budaya orang Turki, termasuk dari segi makanannya.

Namun, itu tidak memberi maksud tiada keunikan orang Turki yang tersendiri. Malah, kepelbagaian inilah yang membawa keunikan dari segi masakan dan hidangan orang Turki begitu terkenal dan digemari ramai.

Untuk yang teringin nak tahu apa sebab kena melancong ke Turki, nah kami bagi jawapannya. MAKANAN! XD

1. Baklava

Baklava ialah manisan yang popular di Turki. Berbanding negara Timur Tengah yang lain, baklava Turki lebih moist dan kebiasaannya mereka lebihkan kekacang berbanding pastrinya.

Dapat baklava, lupa terus pada coklat. Sedap!

2. Kunefe

Manisan yang sangat manis. Tengah-tengah dia ada krim keju yang membuatkan dia nampak seakan-akan piza.

Penggemar manisan wajib cuba Kunefe ini!

3. Halva

Lebih kurang macam aiskrim, manisan bernama halva ini ada dua jenis; satu daripada tepung dan satu daripada kekacang. Ya, banyak manisan mereka berasaskan kacang.

Kalau nak sedap lagi, makan halva bersama aiskrim (aiskrim biasa kita makan tu). Memang layan habis.

Cara hidangan halva boleh dipelbagaikan, itu yang buatnya menarik lagi.

4. Kumpir

Kentang besar, dilubangkan di tengah dan isinya digaulkan dengan keju. Kemudian diletakkan di tengah-tengahnya apa sahaja inti yang kita mahukan. Daging, ayam, ikan, salad, sebiji macam Subway. Cuma kali ini bukan dalam roti, tapi kentang.

Saiz dia… kalah burger Carl’s Jr ni.

5. Midye Dolma

Kepah yang diisi dengan nasi dan herba. Macam kita masak nasi dalam buluh, dia masak nasi dalam kepah, dapat merasa sekali kepah dan segala herba yang dicampurkan itu.

Macam Boat Noodle pun ada, sesuap je dah habis agaknya ni.

6. Dondurma

Bunyi namanya pelik, tapi dondurma ialah aiskrim Turki. Sesiapa yang pernah mencuba makan aiskrim Turki pasti tahu dua perkara ini. Satu, aiskrimnya tak lembut macam aiskrim McD atau Haagen Dazs. Dia seakan-akan doh yang likat dan kenyal. Dua, kalau beli aiskrim dari penjual gerai yang pakai vest tu, mesti akan kena game dengan penjual tu.

Boleh lihat video ini untuk tahu lebih lanjut mengenai aiskrim Turki, dondurma.

Tengok cara pembuatannya sampai dia jadi kenyal begitu.
Kredit: TRT World

Okay, jangan mengelamun lama sangat. Membayangkan sahaja tak cukup nak menjiwai kesedapan makanan dunia. Jom travel ke Turki! Kami ada pakej menarik untuk anda, boleh lihat di sini.

Turkish Delight; Makanan Dunia Fantasi Narnia?

Turkish Delight; Makanan Dunia Fantasi Narnia?

Buat yang pernah menonton filem The Chronicles of Narnia, anda perasan kan satu babak yang mana Edmund meminta Turkish Delight daripada The Witch. Dulu ingatkan itu hanyalah satu daripada makanan fantasi yang direka, rupa-rupanya dia memang wujud!

Turkish Delight yang diminta oleh Edmund dalam The Chronicles of Narnia

Dalam keadaan sejuk, keseorangan, keliru, dan mungkin sedikit ketakutan (ye la, kali pertama jejak kaki masuk Narnia, mesti rasa takut sikit), apabila ditanya makanan yang diinginkan, Edmund teringin Turkish Delight.

Kenapa Turkish Delight?

Setelah kami membesar dan membaca lebih, kami dapati bukan hanya Edmund yang teringinkannya, malah di negara-negara Timur Tengah dan Eropah, Turkish Delight ialah satu makanan yang popular dan dianggap berkelas tinggi. Lebih kurang macam orang beli coklat Ferrero Rocher, nampak ada class gitu…

Di sebalik populariti dan kedudukan Turkish Delight dalam kalangan penggemarnya, asal usulnya sebenarnya amat menarik dan menjelaskan bagaimana dia boleh sampai ke tahap itu.

Turkish Delight, suatu masa dahulu ialah manisan kerabat diraja Turki.
Kredit: Princess of Jozi

Ada satu kisah berkenaan seorang raja yang mempercayai bahawa cara untuk memikat seorang wanita ialah melalui perutnya (yakni, makanan). Maka raja tersebut telah menitahkan agar kesemua tukang masaknya menyediakan manisan khas. Daripada situ, Turkish Delight telah menjadi manisan diraja dan kemudiannya menjadi antara manisan paling diminati yang lahir daripada dapur diraja.

Satu lagi kisah ialah berkenaan lagenda seorang pembuat manisan bernama Bekir Effendi. Bekir berkelahiran Kastamonu, sebuah pekan kecil tinggi di pergunungan Anatolia. Bekir hadir ke Istanbul pada tahun 1776 dan membuka sebuah kedai manisan.

Disebabkan orang Turki sangat menggemari makanan manis, sekejap sahaja Bekir Effendi berjaya menawan hati penduduk Turki dengan manisan Turkish Delight dan kedainya menjadi popular, sehinggakan kerabat diraja turut menginginkan Turkish Delight daripada kedai Bekir. Oh, kedai Bekir masih ada di Hamidiye Caddesi, dua blok kearah timur daripada Yeni Cami (Masjid Baru).

Menarik, kan?

Eh, berbeza ke Turkish Delight yang di Malaysia dengan yang di Turki? Kami pun tak pasti. Haha. Apa kata kita travel dan ketahuinya sendiri. Ke Turki ke kita?

PS: Untuk ketahui pakej ke Turki bersama kami, boleh klik di sini.

Kenapa Belon Udara Panas di Turki Digemari Ramai

Kenapa Belon Udara Panas di Turki Digemari Ramai

Taip sahaja perkataan Turki, mesti akan ada keluar gambar-gambar belon udara panas yang banyak berterbangan di angkasa Cappadocia. Sebagai pencinta gambar dan pemandangan cantik, tipu kalau anda tak teringin nak naik dan merasa juga pengalaman di situ. Cantik gila, kan. Sebab kami pun terasa yang sama.

Bukan setakat gambar yang cantik dan lain daripada yang lain, malah pengalaman menaiki belon udara panas di angkasa Cappadocia merentasi lanskap yang berlainan dan berubah-ubah suasananya di sana adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Fairy Chimneys, Monk’s Valley, Imagination Valley, dan rumah-rumah gua adalah antara panorama yang akan anda jumpai sepanjang penerbangan lebih kurang sejam ke sejam setengah dengan belon udara panas.

Batu-batu ceracak di bawah itu macam bentuk atap rumah bulat kan?

Dah tentu, pengalaman ini lebih mahal nilainya kerana anda akan menelusuri tempat-tempat tadi dari sudut pandang berbeza. Macam burung yang terbang tinggi. Kalau anda nak tahu, belon udara panas di sini boleh naik sehingga paras 800 meter dari tanah! Hampir 1 kilometer!

Hm… tapi di Malaysia pun ada aktiviti belon udara panas di Putrajaya kan. Apa bezanya dengan yang di Turki ini?

Pertamanya, aktiviti belon udara panas di Turki ini sentiasa ada sepanjang tahun. Anda boleh naik pada bila-bila masa anda mahu. Berbanding di negara-negara lain yang terpaksa mengikut musim yang bersesuaian. Di Malaysia pula, mengikut musim program yang mendatangkan belon tersebut di Putrajaya nanti.

Kedua, kawalan keselamatan untuk pemandu dan pengendali belon udara panas di Turki jauh lebih ketat berbanding di mana-mana tempat lain. Pemandu terlatih perlu menjalani latihan 5 kali lebih lama berbanding di tempat lain baru dapat lesen penuh! Jadi anda boleh hela nafas lega kalau naik belon ini bersama mereka.

Ketiga, walaupun di Cappadocia ada hampir beratus belon udara panas yang beroperasi, langit tetap nampak begitu luas, pemandangan bumi yang indah masih boleh dinikmati dengan mudah dan cantik. Paling penting, penerbangan selama sejam lebih itu tidak hanya di satu kawasan, tapi merentasi ke banyak kawasan cantik yang tampak seperti berubah-ubah keadaan topografinya dan warnanya.

Jom kita kumpul duit nak naik belon udara panas di sana. Harga dia berbaloi dengan pengalaman mahalnya, dah tentu. Cuma, kena cari yang muslim friendly, atau maklumkan kita muslim sebab biasanya pakej mereka akan sediakan champagne bila turun.