Beberapa hari yang lepas kami mengalami masalah gangguan pada domain, dan kami tak menyangka langsung bahawa alamat domain kami telah tamat tempoh dan sedang dalam proses pelupusan, kerana baru sahaja pada bulan lepas (Julai) kami memperbaharui lesen.

email.jpg

Pihak penyedia hosting dan domain [internet-webhosting.com] hanya mengingatkan kami untuk memperbaharui lesen hosting dan tidak mengingatkan untuk perbaharui lesen domain, yang kami sangkakan bayaran domain dan hosting telah termasuk dalam bil yang diberikan.

Sebarang email yang dikirimkan kepada mana-mana email dengan domain ***@festivetravels.com.my dalam tempoh 7 hari yang lepas (28 Julai - 4 Ogos) harap dapat dikirimkan semula.

kesulitan amat kami kesali, dan kami memikirkan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengendali [internet-webhosting.com].